Di balik kelemahan tubuhnya, sejatinya wanita memiliki potensi besar terhadap suami dan anak-anaknya. Kerana itulah dikatakan: “Seorang suami bergantung agama isterinya kerana cinta membuatnya mengikutinya. Cinta memaksakannya untuk menjadi serasi dengannya sehingga dia tiada menemukan jalan untuk menyelisihinya, dan tiada pula menemukan jalan untuk membantah ataupun merasakan beban berat.” (Adab ad-Dunya wa ad-Din, hlm. 129).

Oleh kerana itu, agar suami beruntung dunia akhirat, haruslah dia mengutamakan wanita solehah. Kerana wanita yang beriman dan bertakwa juga memiiki pengaruh hebat dalam membuat rumah tangga bahagia dan selamat. Istilah mudahnya, seorang lelaki jangan hanya terpesona penampakan lahiriyah semata. Cinta saja tidak cukup untuk membina kukuhnya pernikahan, namun perlu kebaikan agama, akhlak, dan hati yang bersih.

Dikatakan dalam sebuah syair: 

“Cinta bukan kerana keindahan dan yang tampak di mata, tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa.”

(Raudhatul Muhibbin [terjemah], Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 51)

Aktsam bin Shaifi berkata kepada puteranya:

“Wahai anakku, janganlah kecantikan wanita membuat kalian melupakan kejelasan nasab keturunan, sesungguhnya menikahi istri yang mulia adalah tangga menuju kemuliaan.”

(Adab ad-Dunya wa ad-Din, hlm. 132)

Sungguh tepat nasihat tersebut agar suami tetap memilih wanita-wanita yang memiliki kemuliaan agama, kerana suami sendiri dan juga anak-anaknya yang akan merasakan manfaatnya. Suami akan merasa bahagia dengan ketaatan isteri, terjaga anak-anaknya kerana isteri mendidiknya dengan syariat Islam, rumah tangga tenang kerana di dalamnya tegak hukum-hukum agama dan berbagai manfaat lain yang hanya akan dirasakan pasangan berkahwin ketika menjadikan pernikahan sebagai ibadah. Inilah nikmat dari Allah ‘Azza wa Jalla ketika memilki isteri solehah yang selalu memotivasi, mengarahkan, dan menyokong suami dan anak-anaknya dalam kebaikan. Sebagaimana pepatah yang masyhur, “Buah itu jatuh tidak jauh dari pohonnya”.

Demikian pula kaedah secara umum bahawa ketika isteri atau ibu itu baik dan taat pada agama maka insya Allah anak-anaknya juga taat, demikian pula biasanya suami juga menjadi seorang yang soleh, kerana kebaikan atau kesolehan seorang isteri akan mengimbas atau menginspirasi suami dan anak untuk mengikuti jejak langkahnya. Isteri bertakwa akan menghadirkan aura syurgawi, memberi ketenteraman jiwa serta menarik orang-orang di sekelilingnya dengan hidayah, dengan taufik Allah ‘Azza wa Jalla.

Semak dialog mempesona seorang ayah yang soleh dengan anak-anaknya :

Abul Aswad ad-Dua’li berkata kepada anak-anaknya :

“Aku telah berbuat yang terbaik untuk kalian pada masa kecil dan masa dewasa kalian, begitu pula ketika kalian belum lahir. Anak-anaknya berkata :” Bagaimana ayah berbuat yang terbaik untuk kami ketika kami belum lahir ?” Dia menjawab : “Aku memilihkan kalian seorang ibu yang tidak akan pernah kalian cela.”

(Adab ad-Dunya wa ad-Din, hlm.132)

Ar-Rayyasyi melantunkan syair: ”Awal kebaikanku kepada kalian adalah pilihanku atas ibu yang baik asal-usulnya lagi tampak kemuliaannya.” (Adab ad-Dunya wa ad-Din, hlm. 132)

Demikianlah, dahsyatnya pengaruh wanita solehah, wanita yang membersamainya untuk menyempurnakan separuh agamanya, wanita yang mengajak ke syurga bersama. Berapa banyak pemuda yang tenggelam kehidupan akhiratnya kerana wanita yang buruk akhlaknya. Serta berapa banyak wanita solehah yang dengan taufik Allah ‘Azza wa Jalla mampu mengubah karakter suami menjadi dekat kepada agama . Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Barangsiapa yang dikurnia oleh Allah dengan wanita (isteri) yang solehah, maka sungguh Allah telah membantunya untuk melaksanakan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dalam menjaga separuhnya lagi.”

(HR. Ath-Thabarani dalam al-Mu’jamul Ausath : 976 dan al-Hakim dalam al-Mustadrak II / 16 dan di-shahih-kan olehnya, juga disetujui oleh adz-Dzahabi)

 

Wallahu a’lam.

Penulis: Isruwanti Ummu Nashifa

Penterjemah: Asiera Ummu Muadz

 

Referensi:

1). Majalah Al-Mawadah edisi I Tahun ke 1, 1428 H

2). Kesalahan Dalam Mendidik Anak ( terjemah), Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, Pustaka At-Tibyan, Solo, tanpa tahun.

 

Sumber: https://muslimah.or.id/14477-dahsyatnya-peran-seorang-wanita.html

Copyright ©️ 2024 muslimah.or.id

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *