Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang dihormati para suri rumah, khususnya ahli-ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah Malysia yang dikasihi.

Alhamdulillah, dengan keberkatan Ramadan yang mendidik kita kesabaran dan keikhlasan, kini tiba masa untuk kita bersiap sedia menyambut Aidilfitri, iaitu hari kemenangan umat Islam.

Sebagai suri rumah, peranan kita sangat istimewa dalam memastikan Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan dan keberkatan.

Dalam kemeriahan membuat persiapan, sama-sama kita saling mengingatkan untuk mengelakkan pembaziran, sekali gus mengamalkan prinsip kesederhanaan. Hal ini sesuai dengan ajaran Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Isra’, ayat 27:

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.”

(Al-Anbiyaa`: 107)

Di samping itu, Hari Raya juga merupakan masa terbaik untuk saling memohon maaf dan mengeratkan silaturrahim. Sesungguhnya, tiada manusia yang terlepas daripada melakukan kesilapan. Bak kata peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Justeru, didiklah diri serta keluarga tentang nilai memohon maaf dan memaafkan, serta pentingnya menghormati tetamu dan jiran.

 Ingatlah, bahawa setiap khidmat yang dilakukan, dari memasak juadah hingga menghias rumah, sekiranya dilakukan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah, insya-Allah akan diterima sebagai adalah ibadah. Rasulullah SAW bersabda:

 

“Allah menyukai seseorangn yang apabila melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan tekun dan bersungguh-sungguh.”

(HR Al-Baihaqi)

Akhir kata, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua suri rumah atas dedikasi yang yang tiada penghujung. Semoga Hari Raya kali ini membawa kebahagiaan, kasih sayang dan keberkatan kepada semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga setiap suri rumah akan terus menyebar rahmah, seterusnya memberi impak besar kepada keluarga dan masyarakat.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Siti Suzilah binti Saini
Timbalan Presiden
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Penulis: Siti Suzilah binti Saini

Timbalan Presiden, Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *