Alhamdulillah.

Pada 1 Februari 2025 yang lepas, Modul Kepimpinan Suri (MKS) Kohort 2024 telah melabuhkan tirainya. Peserta Suri yang hebat-hebat diraikan dalam Majlis Apresiasi yang sederhana namun tetap bermakna. Terima kasih kepada pihak JPW yang hadir, yang diwakili En Azlan, yang turut memberi sokongan.

Mengimbau perjalanan 4 Siri program sebermula dari Disember 2024 hingga ke hari ini, komitmen Suri Rumah muda ini bukan calang-calang. Usaha, komitmen & kesungguhan yang ditunjukkan tidak dinafikan lagi kehebatannya. Malahan projek-projek kumpulan yg dirancang akan diteruskan sehingga ke Majlis Graduasi semasa Makan Malam Amal Suri Rumah Rahmah pada September nanti.

Teruskan semangat dan perjuangan Suri yang InsyaAllah akan memberi nilai tambah dan manfaat yang cukup besar kepada masyarakat & negara.

Modul Kepimpinan Suri: Melahirkan pemimpin Suri masa hadapan.

 

Rose Jazimah Bt. Abdul Jalil
Presiden
Suri Rumah Rahmah

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *