Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sempena peristiwa Israk Mikraj pada hari ini, marilah sama-sama kita mengenang perjalanan luar biasa Rasulullah SAW bertemu dengan Penciptanya di langit ketujuh. Peristiwa ini bukan sahaja menunjukkan kebesaran Allah SWT, tetapi juga membawa pelbagai hikmah bagi mereka yang mencari kebenaran.

Perjalanan Nabi Muhammad dari bumi menuju ke langit untuk menerima perintah solat menunjukkan betapa penting kedudukan ibadah solat dalam kehidupan seorang muslim. Sering disebut bahawa solat adalah tiang kepada agama kita. Justeru, sebagai suri rumah yang merupakan tiang seri keluarga, kitalah contoh pertama yang diteladani oleh anak-anak dalam menghayati ibadah ini.

Perjalanan suri rumah mengharungi setiap fasa kehidupan pasti penuh dengan cabaran sekali gus membuka peluang menggali potensi diri. Berbekalkan semangat Israk dan Mikraj, marilah kita bersama-sama memberdayakan diri dalam menggalas peranan sebagai suri rumah dengan penuh keyakinan dan ketabahan.

Semoga Allah SWT memberkati usaha dan pengorbanan kita, serta memberi kita petunjuk untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari.

Selamat menyambut Israk dan Mikraj kepada seluruh ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia yang dikasihi.

 

 

Wassalam.

Siti Suzilah binti Saini
Timbalan Presiden
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Penulis: Siti Suzilah binti Saini

Timbalan Presiden, Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *