Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia
Home > Buku & Cenderamata > Buku Panduan Istimewa Suri Rumah: Kerana Dirimu Begitu Berharga

Buku Panduan Istimewa Suri Rumah: Kerana Dirimu Begitu Berharga

RM39.00

Buku panduan pertama untuk suri rumah di Malaysia. Penuh inspirasi, kisah benar & tip praktikal. Pengambilan fizikal di event Konsuri 14 Sept 2025, pengeposan bermula selepas 20 Sept.

Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Pernahkah anda rasa penat mengurus rumah tangga, tetapi seolah-olah usaha itu tidak dihargai?
Ramai suri rumah memikul tanggungjawab besar – menjaga keluarga, mendidik anak-anak, mengurus ekonomi rumah –
namun suara dan peranan mereka sering dipandang ringan.Realitinya, suri rumah adalah nadi keluarga dan masyarakat. Tanpa mereka, kesejahteraan rumah tangga dan pendidikan generasi akan tergugat.
Tetapi, berapa banyak panduan komprehensif yang benar-benar ditulis untuk suri rumah?

Inilah solusi yang anda cari

Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia diterbitkan khas oleh Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR).
Ia bukan sekadar bacaan santai, tetapi sebuah kompilasi hasil kajian, kisah benar, serta panduan praktikal yang menjawab cabaran sebenar kehidupan suri rumah.

Apa yang anda akan temui dalam buku ini?

Kisah benar & inspirasi: Pengalaman dan senario harian suri rumah Malaysia yang dijadikan teladan serta sumber motivasi.

Panduan praktikal: Tip dan panduan merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, sosial, serta ekonomi keluarga.

Infografik menarik: Penyampaian maklumat melalui visual yang mudah difahami dan sesuai untuk bacaan santai.

Insentif & inisiatif kerajaan: Himpunan maklumat mengenai sokongan, peluang, serta program kerajaan khusus untuk suri rumah.

Penyelidikan berasaskan realiti: Dapatan yang bersumber daripada pengalaman sebenar suri rumah, diperkuat dan disahkan oleh pakar rujukan daripada Khazanah Research Institute (KRI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kuala Lumpur University of Science and Technology (KLUST).

Buku ini sesuai untuk:

  • Suri rumah yang mahu lebih yakin & berilmu.
  • Wanita muda yang bakal mendirikan rumah tangga.
  • Suami/anak yang ingin menghargai insan tersayang dengan hadiah bermakna.
  • Pembuat dasar, penyelidik & NGO yang fokus pada kesejahteraan keluarga.

“Buku ini bukan sekadar panduan, tetapi suara hati dan harapan suri rumah Malaysia.”

Dr. Wardah Mustafa Din
Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia

Dapatkan naskhah Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia hari ini.
Harga promosi hanya RM33. Stok terhad!

 

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Buku Panduan Istimewa Suri Rumah: Kerana Dirimu Begitu Berharga”

Your email address will not be published. Required fields are marked *