KONVENSYEN SURI 2025: PERSIDANGAN

KEBANGSAAN

Memperkasa Pemberdayaan Suri Lestari

AHAD, 14 SEPTEMBER 2025

8:00 PAGI - 5:00 PETANG

THE EVERLY PUTRAJAYA & DALAM TALIAN

Hari
Jam
Minit
Saat

Latar Belakang KONSURI

Suri rumah merupakan sumber manusia yang sangat berkualiti dalam konteks pembangunan keluarga, masyarakat, dan negara. Walaupun mereka tidak terlibat secara langsung dalam tenaga buruh formal, peranan yang dimainkan oleh suri rumah dalam kehidupan seharian sangat penting dan memberi impak besar kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi.

Skil-skil yang diperolehi dalam pengurusan keluarga harian menyebabkan suri rumah mempunyai banyak potensi yang boleh dimanfaatkan untuk membangunkan masyarakat yang sejahtera.

Ditambah lagi dengan trend kebelakangan ini, ramai wanita berpendidikan memilih untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah, yang turut membantu memperkaya dan meningkatkan kejayaan perkara tersebut.

Penglibatan suri rumah dalam membangunkan masyarakat dapat dibuktikan dengan hampir 10% daripada ahli Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) yang berjumlah 1000 orang telah menjadi aktivis yang menjalankan program-program pemberdayaan suri rumah di peringkat kawasan, negeri, dan negara. Daripada 1000 orang ini, 76% ahli SRR adalah siswazah lepasan ijazah.

Memperkasa Pemberdayaan Suri Lestari.

- Tema KONSURI 2025 -

Objektif

Pemberdayaan

Melahirkan suri rumah yang berperanan dengan lebih efektif dan proaktif dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

Sokongan Sosial

Menyediakan platform sokongan sosial dari aspek kesihatan mental, perkongsian ilmu bersama pakar dan panel serta meningkatkan tahap keyakinan diri suri rumah.

Aktivisme

Memartabat peranan suri rumah selaras dengan peranan kerjaya di sektor formal lain.

Kelebihan
Menyertai KONSURI

  • Program Hibrid (Fizikal & Atas Talian)

    KONSURI 2025 akan dianjurkan secara hibrid, iaitu secara fizikal di The Everly Putrajaya dan juga melalui siaran langsung atas talian.

    Namun, Suri yang tidak berkesempatan hadir secara fizikal, penyertaan secara maya tetap tersedia melalui platform online rasmi kami.

  • Penceramah Utama yang Penuh Inspirasi

    Peserta akan berpeluang mendengar perkongsian eksklusif daripada penceramah utama yang berpengalaman dan berwibawa dalam bidang kekeluargaan, pembangunan diri dan kepimpinan wanita. Sesi ini bakal memberikan suntikan semangat serta panduan praktikal dalam mengurus rumah tangga dengan lebih sistematik, membina kesejahteraan emosi, dan mewujudkan suasana keluarga yang harmoni dan sejahtera.

  • Peluang Belajar & Bersahabat

    Di KONSURI, Suri bukan hanya belajar, suri juga akan bertemu rakan-rakan baru. Berkongsi cerita, bertukar idea, dan membina rangkaian sokongan yang lebih luas untuk menempuhi perjalanan hidup bersama.

  • Komuniti yang Menguatkan

    Tak perlu rasa keseorangan! Di sini, Suri akan merasai semangat kebersamaan, dihargai, dan dikuatkan dalam peranan Suri sebagai tulang belakang keluarga dan komuniti. Kita sama-sama sokong, sama-sama membangun!

  • Momen Seronok & Santai

    Ini ruang untuk Suri bernafas seketika daripada rutin harian. Sertai sesi santai penuh gelak ketawa, berkongsi minat, dan menikmati masa bersama mereka yang memahami perjalanan Suri.

  • Merchandise Eksklusif KONSURI

    Dapatkan merchandise eksklusif dan istimewa KONSURI 2025. Disediakan untuk semua peserta, sama ada peserta fizikal mahupun dalam talian.

Apa Kata Peserta?

Poster Program

Klik pada imej untuk lihat saiz penuh:

Lokasi

Harga Tiket

Ahli SRR

RM 50 / pax

  • Responsive Live
  • Adaptive Bitrate
  • Analytics
  • Creative Layouts
  • Free Support
Daftar Sekarang

Ahli SRR

RM 50 / pax

  • Responsive Live
  • Adaptive Bitrate
  • Analytics
  • Creative Layouts
  • Free Support
Daftar Sekarang

Ahli SRR

RM 50 / pax

  • Responsive Live
  • Adaptive Bitrate
  • Analytics
  • Creative Layouts
  • Free Support
Daftar Sekarang

Road to KONSURI

Daftar Sekarang!

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara ini! Daftarkan diri anda sekarang untuk menyertai KONSURI 2025. Tempat adalah terhad! Pastikan anda mendapatkan tempat anda di Konvensyen Suri Rumah Rahmah 2025. Jumpa anda di sana!

Konvensyen Suri 2025: Persidangan Suri Rumah Kebangsaan

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)

© 2025 Dibangunkan oleh Matahati VA