PENDAFTARAN DITUTUP

Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia “Suri Rumah Luar Biasa”

Pra-Pelancaran: 24 Mei 2025 | 5 petang | Pentas Dunia Buku, Dewan Merdeka, Aras 4, WTCKL

Pelancaran Rasmi: 14 September 2025 | KONSURI 2025 | Everly Hotel, Putrajaya

“Bukan Sekadar Buku, Tetapi Daripada Suara Hati Suri Rumah”

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) dengan penuh rasa kesyukuran mempersembahkan naskhah istimewa Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia yang bertajuk “Suri Rumah Luar Biasa – Kerana Dirimu Begitu Berharga”. Buku ini merupakan sebuah usaha kolektif yang menghimpunkan suara, pengalaman dan aspirasi para suri rumah dari seluruh pelosok tanah air.

Dihasilkan melalui kajian lapangan, perbincangan dasar dan naratif asli para suri rumah menerusi siri Focus Group Discussion (FGD) yang inklusif dan berstruktur, buku ini hadir sebagai simbol iltizam dalam memartabatkan peranan wanita bergelar suri rumah. Dengan gaya penulisan yang santai tetapi sampai, buku ini ditulis agar mudah difahami oleh semua golongan daripada susuk seorang suri di rumah, mahasiswa di menara gading, sehinggalah ke pemegang taruh yang menggubal dasar negara.

Jejak Penghasilan Buku:

“Suri Rumah Luar Biasa – Kerana Dirimu Begitu Berharga”

SRR menggerakkan usaha menjejak suara hati suri rumah melalui pencarian responden yang merangkumi pelbagai latar sosioekonomi. Dengan turun ke lapangan, SRR menyusuri nadi komuniti dan mendengar denyut rasa para suri rumah yang sekian lama terpinggir daripada ruang bersuara.

Selaras dengan aspirasi negara menuju masyarakat Madani yang penyayang, buku ini menggariskan empat aspek utama kehidupan suri rumah:

🔹 Pendidikan
🔹 Sosial
🔹 Ekonomi
🔹 Kesihatan

Diterbitkan oleh Unit Penyelidikan SRR bersama Jawatankuasa FGD & Penerbitan Buku, naskhah ini adalah hadiah penuh kasih sayang kepada para wanita yang memilih jalan penuh pengorbanan dalam membina ummah dari gelanggang kecil bernama rumah.

Semoga Buku Panduan Istimewa Suri Rumah “Suri Rumah Luar Biasa” menjadi wadah penggerak perubahan daripada suri kepada suri, dari rumah ke masyarakat, dan dari suara ke dasar. Sesungguhnya, usaha ini bukan sekadar penulisan sebuah naskhah, tetapi satu amal kolektif yang luhur. Semoga setiap pihak yang terlibat dalam penghasilan dan penerbitannya dikira sebagai amal soleh dan diberikan ganjaran di sisi Allah, sebagaimana tafsir firman-Nya:

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasannya).”
(Surah Az-Zalzalah, 99:7)

Pembelian buku telah dibuka, jom dapatkan segera.

Link: https://surirumahrahmah.com/product/buku-panduan-suri-rumah/

Konvensyen Suri 2025: Persidangan Suri Rumah Kebangsaan

Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)

© 2025 Dibangunkan oleh Matahati VA