
The Everly Putrajaya menawarkan penginapan bertaraf 4 bintang yang selesa dengan bilik dan suite berhawa dingin serta WiFi percuma.
Terletak bersebelahan pusat membeli-belah Alamanda dan Tasik Putrajaya, hotel ini memudahkan akses ke pelbagai tarikan utama.
Setiap bilik dilengkapi kemudahan moden seperti TV satelit, peti keselamatan, peti sejuk mini, serta bilik mandi peribadi yang lengkap.
Restoran Fuze menyajikan hidangan bufet fusion dan tempatan yang lazat, manakala Nuevo Café menawarkan pilihan minuman dan snek yang menyegarkan.


















Jarak ke The Everly mengambil masa lebih kurang 35-40km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki kereta.
Jika suri dari KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Salak Tinggi, KLIA 1 atau KLIA 2, naiki tren KLIA Transit. Berhenti di Putrajaya Sentral, dan ambil Grab ke hotel (jarak anggaran 9.6-10.6km).
Jika suri dari Kuala Lumpur atau Selangor, naiki MRT dan berhenti di stesen Putrajaya Sentral. Kemudian, ambil perkhidmatan Grab ke hotel (jarak anggaran 9.6km – 10.6km).
Tempah kenderaan Grab di mana saja suri berada dan nikmati perjalanan selamat ke The Everly dengan Grab Ride.
Jika suri tidak berpeluang menempah penginapan di The Everly, suri boleh menginap di serviced apartment atau hotel berdekatan berikut:
• Mercure Living Putrajaya (Presint 1; jarak anggaran 1km)
• Pulse Grande Hotel (Presint 1; jarak anggaran 3-5km)
• Dorsett Putrajaya (Presint 3; jarak anggaran 5km)
• Zenith Hotel Putrajaya (Presint 2; jarak anggaran 5.5km)
Selain The Everly, suri juga boleh meletakkan kenderaan di Alamanda Shopping Center, Putrajaya. Jarak perjalanan hanya lebih kurang 150 meter. Setelah meletakkan kenderaan, suri boleh berjalan menuju ke pintu keluar berdekatan Nando’s dan Sushi King.
Caj parkir di Alamanda pada hari minggu ialah:
• RM 3 untuk 1 jam pertama
• RM 1 untuk setiap jam seterusnya
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai acara ini! Daftarkan diri anda sekarang untuk menyertai KONSURI 2025. Tempat adalah terhad! Pastikan anda mendapatkan tempat anda di Konvensyen Suri Rumah Rahmah 2025. Jumpa anda di sana!