Model Pembangunan Suri
Home > Model Pembangunan Suri
Apa Itu Model Pembangunan Suri?
Model Pembangunan SURI (MPS) dirasmikan oleh Pengarah LPPKN pada Konvensyen Suri (KONSURI) 2018 dan dirangka untuk menyiapkan para suri rumah menggalas tugas sebagai barisan hadapan, bukan sahaja di rumah tetapi juga dalam kerja-kerja kesukarelawanan dan kebajikan.
Tujuannya hanya satu, iaitu untuk memberdayakan suri rumah ke peringkat lebih tinggi.

3 Aspek Utama MPS
Suri & Diri
Suri & Keluarga
Suri & Masyarakat
Suri & Diri
Aspek ini terbahagi kepada empat ciri, iaitu:

C1: Self-Driven
Antara program yang dijalankan:
TiPS (Kenali Diri, Tingkatkan Potensi Suri)
C2: Mengurus Kecerdasan Diri
Anda Tanya Suri Jawab (ATSJ); Suri & Emosi
C3: Berketrampilan
Suri Got Talent; Grooming
C4: Sense of Giving
Konvensyen Suri (KONSURI); Suri 3R; Free Market
Program

TiPS (Kenali Diri, Tingkatkan Potensi Suri)
Melalui program TiPS, suri dapat belajar untuk mengenali diri dan memahami stress trigger diri. Suri juga mula memahami orang sekeliling dan belajar cara berinteraksi yang positif. Selain itu, TiPS juga membantu meningkatkan hubungan emosi & sokongan dengan rakan Suri yang lain. Dikendalikan oleh Certified Trainer.

Suri & Emosi
Program yang dikendalikan oleh pakar psikologi atau pakar psikiatri ini bertujuan untuk memberdaya suri agar semakin bijak mengawal emosi dengan memahami jenis emosi yang dihadapi serta cara bertindak dengan tepat. Selain itu, Suri juga dapat mengetahui bentuk sokongan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan apabila diperlukan.

Anda Tanya Suri Jawab (ATSJ)
Program yang dikendalikan oleh Certified Trainer ini bertujuan untuk melatih suri agar cakna dengan isu semasa, selain memberi pendedahan dan panduan kepada para Suri agar dapat memberi reaksi kepada sesuatu isu dengan betul.

Suri Got Talent (SGT)
Melalui program ini, suri mendapat keyakinan bahawa setiap suri mempunyai ‘bakat’ untuk diketengahkan. Suri juga dapat membina support group sesama minat atau bakat. Program ini dikendalikan di media sosial.
Suri & Keluarga
Aspek ini terbahagi kepada empat ciri, iaitu:

C5: Komunikasi Berkesan
Antara program yang dijalankan:
Keluarga Bahagia
C6: Efisien
Antara program yang dijalankan:
Pengurusan Masa
C7: Merancang Keperluan Keluarga
Antara program yang dijalankan:
Pembangunan Potensi Anak; Perancangan Kesihatan Keluarga; Pengurusan Kewangan Keluarga; Suri & Haknya
C8: Penyelesaian Masalah
Antara program yang dijalankan:
Penyelesaian Masalah
Program

Keluarga Bahagia
Melalui program yang dikendalikan Certified Trainer ini, Suri dapat mengetahui cara yang betul dan berkesan untuk berkomunikasi dengan pasangan dan anak-anak. Program ini diadakan secara maya selama 1 jam di platform Google Meet.

Pengurusan Masa
Program yang diadakan secara maya ini memberikan Suri panduan tentang cara menyeimbangkan pengurusan keluarga dan aktiviti kemasyarakatan (multi-tasking). Suri juga dapat belajar teknik lain yang berkesan daripada perkongsian Suri lain. Dikendalikan Certified Trainer selama 1 jam di platform Google Meet.

Mengenali & Mengembangkan Potensi Anak
Program ini bertujuan memberi ilmu kepada suri tentang kaedah dan kepentingan mengenali potensi anak. Suri akan memahami bagaimana cara mengembangkan potensi anak dengan betul dan mengamalkan tips yang sesuai untuk menyokong dan mengembangkan potensi anak.

Penyelesaian Masalah
Melalui program maya ini yang dikendalikan Certified Trainer di Google Meet ini, suri akan mendapat panduan tentang cara menyelesaikan masalah dengan berkesan. Suri juga dapat mempelajari teknik lain yang berkesan melalui perkongsian suri lain.
Suri & Masyarakat
Aspek ini merangkumi satu ciri utama, iaitu:

C9: Aktivis Masyarakat
Antara program yang dijalankan:
Konvensyen Suri (KONSURI); Free Market; Suri 3R
Program

Konvensyen Suri Rumah Kebangsaan
Konvensyen Suri Rumah Kebangsaan merupakan konvensyen dwitahunan yang bertujuan untuk menjadi medan pengiktirafan dan motivasi kepada para suri rumah seluruh Malaysia, sekaligus memartabat peranan suri rumah selaras dengan peranan kerjaya di sektor formal lain. Ia juga melahirkan suri rumah yang berperanan dengan lebih efektif dan proaktif dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat.

Free Market
Program yang berlangsung selama separuh hari ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep Free Market (Pasar Percuma) kepada masyarakat. Selain itu, ia juga memupuk semangat dan sifat memberi, di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat dan membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

Suri 3R
Suri 3R merangkumi 3 aktiviti utama iaitu ceramah, playgroup, dan upcycling. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada suri rumah tentang kempen 3R (reduce, reuse, recycle), melatih mereka untuk menguruskan sisa buangan dengan betul, dan memupuk sifat cintakan alam dalam kalangan masyarakat secara berterusan.

Sertai Kami!
Adakah anda Suri yang berdaya saing dan berketerampilan? Suka berkomunikasi dan berkongsi idea? Mencari platform yang dapat meningkatkan potensi diri sebagai suri dan menyumbang dalam masyarakat?
Jom jadi sebahagian dari kami!
Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia
Wadah Pilihan Pemberdayaan Suri Rumah Muda Malaysia
Hak Cipta Terpelihara 2025 Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia
Reka Bentuk oleh Matahati Virtual Assistant