KAJIAN EKONOMI PENJAGAAN: MEMPERKASA SURI RUMAH, MEMBINA KELUARGA DAN MASYARAKAT SEJAHTERA
Adakah anda seorang suri rumah sepenuh masa / separuh masa?
Khazanah Research Institute (KRI) dan Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) sedang menjalankan tinjauan untuk untuk memahami pengalaman, keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh golongan suri rumah di Malaysia. Maklum balas anda akan menyumbang kepada cadangan polisi berkaitan ekonomi penjagaan dan pasaran buruh.

Kami mencari wanita yang:
✅ berstatus suri rumah sepenuh masa atau separuh masa (masa bekerja tidak melebihi 22.5 jam seminggu)
✅ Berkahwin atau pernah berkahwin
✅ Berumur antara 20 sehingga 55 tahun
✅ Mempunyai tanggungjawab penjagaan (cth: menjaga anak, orang tua atau orang kurang upaya)
✅ Menetap di Malaysia
✅ Warganegara Malaysia
🕒 Anggaran masa: 30 minit
📱 Boleh diakses melalui telefon bimbit / komputer
🌐 Boleh dijawab dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris

Puan adalah dijemput untuk melengkapkan tinjauan ini menerusi pautan di bawah:
👉🏻 Sila tandakan Unit Penyelidikan SRR pada bahagian pilihan enumerator kajian
Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada:
✉️ consultant.nuralyasarah@krinstitute.org
✉️ admin@penyelidikan-srr.com
atau
📱013-289 8925 (Pn. Sobihah)
Perhatian dan kerjasama anda dalam memberi maklum balas serta menyebarluaskan pemakluman tinjauan ini amatlah dihargai. Terima kasih.

Rose Jazimah Abdul Jalil
Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia