Alhamdullillah, Nurseri KONSURI 2025 hasil kolaborasi Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) dan TKC Education Group telah berjalan dengan penuh meriah dan lancar. Tahun ini, buat julung kalinya seramai 100 oreang anak-anak berjaya diraikan dengan pengisian aktiviti yang ceria dan bermanfaat merangkumi:
- 5 fancy baby 4 bulan – 1 tahun)
- 15 toddler (2-3 tahun)
- 45 kiddy (4-7 tahun)
- 35 explorer (8-12 tahun)
Mereka dibimbing oleh 10 orang guru, dibantu oleh 20 orang adik-adik sukarelawan daripada jurusan Pembangunan Awal Kanak-Kanak daripada pelbagai unniversiti. Tentatif program diatur dengan penuh teliti untuk setiap kategori anak yang ada, antaranya bermula dengan sesi circle time, ice breaking, ativiti seni & sains, urban farming, sehinggalah ke sesi santai story time dan Durioo Time. Semua ini dirangka bagi memastikan anak-anak bukan sahaja seronok, mala membawa pulang pengalaman berharga.
Sorotan Istimewa
Petang sebelum acara penutup, anak-anak diraikan dengan penuh keceriaan melalui kehadiran maskot Durioo: Mina, Mila dan Little Amar. Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan suasana, malah menjadi detik manis buat anak-anak yang setia menunggu ibu mereka sepanjang KONSURI 2025 berlangsung.
Penghargaan
SRR menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK Nurseri KONSURI yang menjadi tulang belakang utama memastikan setiap persiapan dan perjalanan program berjalan lancar.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga turut disampaikan kepada Puan Shamsiah binti Ismail, selaku Ketua Nurseri SRR, serta Puan Ely Zafila binti Yasir, Ketua Team Nurseri TKC, yang telah memimpin dengan penuh dedikasi dan komitmen.
Seterusnya, SRR merakamkan penghargaan kepada barisan guru-guru TKC dan para sukarelawan muda yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi memastikan kelancaran nurseri sepanjang program.
Akhir sekali, penghargaan khusus ditujukan kepada Puan Eny Zaniza binti Yasir, Pengurus Besar dan Pengasas TKC Education Group, atas kerjasama erat serta penajaan Nurseri yang menjadi tonggak utama kejayaan inisiatif ini.
Penutup
Sebagai tanda apresiasi, pihak SRR menyampaikan penghargaan kepada TKC atas kolaborasi sulung yang penuh bermakna ini. Pihak TKC turut berbesar hari memberikana saguhati kepada adik-adik sukarelawan sebagai tanda terima kasih atas khidmat bakti mereka.
Nurseri KONSURI 2025 bukan sahaja menjadi ruang selamat buat anak-anak peserta, malah membuktikan kekuatan kerjasama antara komuniti suri rumah, institusi pendidikan, dan para sukarelawan muda.
Rose Jazimah Abdul Jalil
Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia