Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia

Liputan Media

Tunas Cipta: Booknic Menyemai Minat Membaca, Eratkan Ikatan Keluarga

Terima kasih diucapkan kepada Tunas Cipta, JendelaDBP, atas liputan mengenai program “Booknic: Santai di Alam, Ilmu di Genggaman” anjuran Suri Circle Perak yang bertempat di Padang Oval, Universiti Teknologi Petronas (UTP), baru-baru ini. Liputan ini mengetengahkan pengalaman pengunjung Booknic yang teruja dengan konsep unik berkelah sambil membaca buku.

Baca artikel penuh

Harian Metro: 53 peratus ahli SRR ada ijazah

Terima kasih diucapkan kepada Harian Metro atas liputan mengenai Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR). Antara poin utama yang diketengahkan Harian Metro dalam liputan tersebut adalah:

  • Majoriti ahli SRR merupakan suri rumah berpendidikan tinggi, iaitu peringkat diploma dan ke atas;
  • Sebahagian ahli SRR yang mempunyai pengalaman bekerja pernah mempunyai pendapatan tinggi, iaitu melebihi RM 10,000 sebulan, sebelum melepaskan jawatan dan menjadi suri rumah;
  • Terdapat banyak faktor yang menyebabkan wanita berkerjaya mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Baca artikel penuh

TV3: ‘Booknic’ Pupuk Budaya Membaca Sambil Berpiknik

Terima kasih diucapkan kepada TV3 atas liputan mengenai program “Booknic: Santai di Alam, Ilmu di Genggaman” anjuran Suri Circle Perak, iaitu salah satu komuniti di bawah Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR), dalam slot Buletin Utama, 10 Ogos 2025.

Tonton video di bawah: