Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia

Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) Diiktiraf Sebagai Rakan Strategik Cemerlang oleh KPWKM

20 November 2025, Dorsett Putrajaya

Alhamdulillah, buat pertama kalinya, Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) menerima pengiktirafan berprestij sebagai Rakan Strategik Cemerlang daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Penghargaan ini menjadi simbol pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi, dan usaha berterusan seluruh warga SRR dalam memperkasa wanita dan keluarga di Malaysia.

Anugerah ini adalah hasil kerjasama erat dan kerja keras semua Ahli Jawatankuasa (AJK), termasuk Majlis Tertinggi (MT), Ketua-Ketua Unit, serta AJK pelaksana yang telah merancang dan melaksanakan pelbagai program dengan penuh semangat dan profesionalisme. Tidak dilupakan juga sokongan padu daripada seluruh ahli SRR yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada setiap inisiatif yang digerakkan.

Daripada 19 NGO di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang menerima pengiktirafan ini, SRR berbangga menjadi salah satu penerima anugerah tersebut.

Semoga SRR terus melangkah maju, menjadi inspirasi dan pemangkin perubahan positif dalam masyarakat.

Picture of Ila Nursalida Ali Amran
Ila Nursalida Ali Amran

Penyelaran Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia

Picture of Rose Jazimah Abdul Jalil
Rose Jazimah Abdul Jalil

Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia