Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia

Road To KONSURI : Mesyuarat Pertama AJK Penggerak KONSURI 2025

PERJUMPAAN PERTAMA AJK KONSURI2025
(Secara Atas Talian)
26 Februari 2025 | Rabu

Gerak kerja menuju Konvensyen Suri Rumah Malaysia (KONSURI2025) terus diperkemaskan dengan pengambilan urusetia dalam kalangan ahli SRR. Kebanyakan AJK kali ini adalah peserta KONSURI2023 —menjadikan pertemuan ini penuh semangat, seolah-olah bertemu rakan sekerja yang sekian lama dikenali.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang hadir, memperkenalkan diri, tenaga dan komitmen demi kejayaan KONSURI 2025. Keikhlasan dan kesungguhan kalian amat bermakna dalam memastikan perjalanan ini lebih tersusun dan mencapai matlamatnya.

Pengarah, Puan Norismahida Ismail turut mengingatkan agar kita melaksanakannya secara bersama-sama dan sentiasa mengutamakan keluarga sendiri iaitu suami dan anak-anak.

Puan Presiden, Pn Rose Jazimah pula berpesan, kita bergerak sebagai satu pasukan, ibarat kapal perang yang saling membantu antara satu sama lain.

Ini selari dengan sabda Rasulullah ﷺ:

Seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah seperti bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.

Kini, langkah seterusnya menanti. Semoga setiap gerak kerja selepas ini dipermudahkan, dilimpahi kesepakatan, dan membuahkan hasil yang terbaik.

Mari bersama-sama membawa KONSURI 2025 ke tahap lebih gemilang!

Semoga KONSURI2025 yang bakal berlangsung September nanti berjalan dengan lancar, gilang-gemilang, dan diberkati Allah.

Buat semua suri rumah, sama ada sepenuh masa atau separuh masa, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan KONSURI melalui media sosial Suri Rumah Rahmah. Banyak info menarik menanti anda!

#KONSURI2025 #KisahSuri #SuriRumahRahmah #roadtokonsuri2025 #HandbookSuri

Picture of Nur Hakimah Maziah binti M Jasman
Nur Hakimah Maziah binti M Jasman

Aktivis,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Picture of Rose Jazimah Abdul Jalil
Rose Jazimah Abdul Jalil

Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia