Ramadan adalah latihan hati dan jiwa untuk reset semula.
Sudahkah kita benar-benar reset?
Sudahkah kita bersedia keluar dari bulan Ramadan ini? Dan… adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadan yang akan datang?
Sebagai seorang ibu, pasti soalan-soalan ini bermain di hati kita.
Adakah cukup ibadah kita?
Allah terima ke semua usaha kita?
Cukupkah pengorbanan masa dan tenaga yang kita beri sepanjang Ramadan ini?
Mana tidaknya… kita menjalani Ramadan sambil memikul “baggage” urusan rumah, anak-anak, suami, dan pelbagai tanggungjawab lain.
Kadang-kadang kita rasa ibadah kita tidak sempurna.
Kita rasa tidak cukup.
Kita “self-doubt” diri sendiri.
Tetapi hakikatnya, Allah tidak pernah menilai kita seperti kita menilai diri kita.
Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah Surah Az-Zalzalah ayat 7:
“Barangsiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, pasti dia akan melihat balasannya.”
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل
“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”
Riwayat Muslim, 783
Maksudnya, setiap bangun sahur yang kita sediakan,setiap kali kita masak untuk keluarga berbuka, setiap doa yang kita bisik dalam letih, setiap air mata yang kita tahan sambil terus berusaha, semuanya Allah nampak. Semuanya Allah kira.
Dan kalau hari ini belum ada sesiapa yang puji ibu-ibu,
Izikan kami iktiraf,
Anda Ibu yang hebat!
Anda adalah insan yang sudah melakukan yang terbaik!
Anda mungkin rasa tidak sempurna, tetapi di mata anak-anak anda, anda adalah dunia sempurna mereka.
Di mata suami anda, anda adalah ketenangan baginya,
Dan di sisi Allah, setiap pengorbanan anda adalah ibadah.
Terima kasih kerana terus kuat, Terima kasih kerana terus menjadi ibu yang penuh kasih, Terima kasih kerana terus berjuang walaupun dalam diam.
Kami sayang anda. Dan kami bangga dengan anda!
Akhir kata, kami dari barisan Majlis Tertinggi Persatuan Suri Rumah Rahmah (SRR) ingin mengucapkan:
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga segala amal kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah, dan semoga kasih sayang yang terjalin dalam komuniti ini terus menguatkan kita sebagai wanita, sebagai ibu, dan sebagai sahabat dalam perjalanan menuju redha Allah.
Selamat pulang kepada fitrah.
Semoga Syawal ini dipenuhi dengan rahmah, kasih sayang, dan ketenangan hati.
Daripada kami, untuk anda, keluarga besar SRR yang kami cintai.
Shareena binti Zulkipeli
Timbalan Presiden Sesi 2026/27
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)