Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia

Pelancaran Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia

buku panduan suri rumah malaysia

Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia telah dilancarkan sempena Konvensyen Suri Rumah Kebangsaan (KONSURI 2025), yang berlangsung pada 14 September 2025 di The Everly, Putrajaya. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia Datin Setia Nik Roslini binti Raja Ismail, isteri kepada Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  (Hal Ehwal Agama), atas kesudian beliau merasmikan KONSURI2025 serta melancarkan buku ini.  

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan turut hadir di KONSURI2025 khususnya mentor penerbitan, Dr. Wardah Mustafa Din dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta pakar penyelidik iaitu Pn. Puteri Marjan Megat Muzafar dari Khazanah Research Institute (KRI), Dr. Nur Hafidah Ishak dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Zilal Saari dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Prof. Madya Dr. Juliana Rosmidah dari Kuala Lumpur University od Science and Technology (KLUST). 

Pengharagaan turut diberikan kepada penyelaras penerbitan: Puan Syahida Hassan Enterprise (SHE) dan Puan Ila Nursalida Ali Amran, serta barisan Sidang Redaksi SRR yang telah terlibat secara langsung dalam penulisan, penghasilan infografik, dan analisis asas FGD termasuk tinjauan sehingga buku ini berjaya diterbitkan.

Seterusnya, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada tim pelaksana dan responden Focus Group Discussion (FGD) serta Kajian Tinjauan “Ekonomi Penjagaan: Memperkasa Suri Rumah, Membina Keluarga dan Masyarakat Sejahtera” yang telah memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh perlaksanaan. Sumbangan pandangan dan pengalaman mereka menjadi asas penting kepada terhasilnya buku istimewa ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pembeli prapesanan yang telah membuat tempahan sebelum penerbitan buku ini. Terima kasih juga kepada hadirin yang telah mendapatkan buku ini di reruai SRR sepanjang berlangsungnya KONSURI 2025. Bagi belian atas talian, penghantaran akan bermula selepas 20 September 2025. 

Bagi anda yang belum mendapatkan Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia ini, boleh dapatkan melalui laman web rasmi Suri Rumah Rahmah.

Boleh juga klik pada link di bawah untuk terus membuat pembelian.

Semoga buku ini menjadi panduan bermanfaat buat semua pembaca.

“Ya Allah, kurniakanlah keberkatan dan jadikanlah ilmu ini sebagai manfaat yang berkekalan.”

Alhamdulillah!

Picture of Rose Jazimah Abdul Jalil
Rose Jazimah Abdul Jalil

Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Picture of Rose Jazimah Abdul Jalil
Rose Jazimah Abdul Jalil

Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia