Persatuan
Suri Rumah Rahmah
Malaysia

Sorotan Bicara Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia di SIBF 2025

Pada 6 Disember 2025, Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) telah berada di Pentas C, Selangor International Book Fair (SIBF) untuk sesi Bicara Buku Panduan Istimewa Suri Rumah Malaysia.

Sesi ini dikendalikan oleh:
๐Ÿ”ธ Puan Siti Nur Farhana Miskom โ€“ Presiden SRR
๐Ÿ”ธ Puan Ila Nursalida Ali Amran โ€“ Penyelaras Buku Panduan & Penyelidik Kesejahteraan Suri Rumah, UTM
๐Ÿ”ธPuan Nurul Syahida Hassan
Penyelaras Buku Panduan & Pengasas SHE

Selama hampir satu jam, para panel mengupas dapatan yang terkandung dalam buku panduan berdasarkan pengalaman sebenar suri rumah di Malaysia.

Buku ini digarap daripada hasil penyelidikan melalui kajian tinjauan, perbincangan kumpulan fokus & kajian menyeluruh bersama pakar dari KRI, UKM, UTM, UPM serta KLUST.

Hasilnya buku ini menjadi panduan yang telus, segar dan berimpak.

Penghargaan & Ucapan

Terima kasih dikalungkan kepada pasukan teknikal & sukarelawan SRR yang menjayakan program ini serta barisan AJK SRR lama & baharu.

Sokongan anda adalah kekuatan kami.

Pelancaran Suri Planner 2026

Dalam sesi yang sama, SRR turut melancarkan Suri Planner 2026, bertemakan Srikandi Mujahidah yang direka khas sebagai alat bantu urus hidup suri rumah dan pemangkin semangat. InshaAllah.

Jualan kombo Planner + Buku Panduan juga telah dibuka sepanjang dua hari terakhir SIBF.

Semoga usaha memperkasa suri rumah melalui ilmu, data dan suara komuniti ini terus diberkati Allah.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong misi kami.

Bagi yang terlepas sesi live tempoh hari boleh tonton di link YouTube di bawah.

Picture of Rose Jazimah Abdul Jalil
Rose Jazimah Abdul Jalil

Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia

Picture of Rose Jazimah Abdul Jalil
Rose Jazimah Abdul Jalil

Presiden,
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia